Tergelak juga aku bila nak memulakan entry nie...sebab apa?sebab aku pun macam korang REMAJA yang lain...
1)masih tercari-cari identiti diri,
2)terasa seakan memerlukan sesorang untuk dijadikan sandaran hati,(jujur aku cakap)
tapi,
bila aku tersedar balik dan berpijak kembali ke alam nyata,
sungguh,
tanggungjawab aku masih belum selesai,
perjalanan hidup aku masih begitu panjang,
banyak lagi yang aku perlu selesaikan...
1)aku perlu men'settle'kan dulu tugas aku sebagai seorang pelajar;
2)seorang dai'e
3)pejuang agama juga anak bangsa...
dulu,
aku ada menyediakan satu pelan perancangan hidup aku,
seperti yang disediakan oleh Fahri dan Aisya dalam novel ayat-ayat cinta...
berikan aku peluang untuk menceritakan pelan tersebut,
pertama sekali,
aku akan mendapat 9A dalam PMR(maklumlah ketika perancangan dibuat,aku msih di tingkatan 3)
kemudian,
aku akan mencapai keputusan cemerlang dalam SPM;
melanjutkan pelajaran di 'oversea',menjadi peguam yang terkemuka;
mengendalikan kes berprofil tinggi,
dalam masa yang sama,aku akan berusaha menuntut ilmu dlm bidang perniagaan;
sambil bekerja,sambil membuka bisnes,
pada suatu saat,
akan fokus sepenuhnya pada perniagaan tersebut,
dalam umur 26 tahun,
barulah aku akan bernikah dan mempunyai 4 org anak,
(semuanya macam perfect kan?)
'bernkah?'
'bercouple sebelum nikah?'
-dulu aku sgt2 jeles melihat teman2 mempunyai 'pasangan' diorang sendiri,-
'cOuPLe?'
pernah dahulu terlintas dalam fikiran aku untuk berkapel,
tapi,
syukur,ALHAMDULILLAH,
ALLAH itu tahu apa yang terbaik untuk hambaNYA,
aku telah ditempatkan di sebuah SBP yang bergelar SBT,
yang akhirnya,
membuatkan aku tersedar,tujuan asal hidup ini,
MARDHATILLAH...
dan tanpa ku duga,
akhirnya,pada suatu tahap,
org telah memberikan kepercayaan kepadaku untuk dilantik sebagai NAQIBAT,
dari situ,aku mula berfikir,
kepercayaan yang diberi kepada aku,tidak harus disia-siakan,
aku mula belajar untuk merubah sedikit demi sedikit,
perangai burukku,,,
itu semua tentang aku,
bagaimana pula anda yang lain,
seronokkah bercinta?
indahkah berkapel?
bahagiakah harga diri melayang?
HAKIKAT SEBENAR,
dapatan dari hasil kajian,
insan yg pernah berkapel akan berkata begini,
A:jangan jadik macam akak,berhabis duit sebab laki tak guna tuuuu...
B:Tak guna punya pempuan,mati2,aku ingat dia nak kawin ngan aku,rupa2nya,belakang aku ada laki lain!
C:seronok jadi pempuan,lepas dpt apa yg dia nak,sukati2 dia je nak tinggalkan aku,pastu,sebarkan lak fitnah sal aku,,,
adik2,abang2,kakak2 yang sy sayang sangat2,
sekarang fikir betul2,
semua tu berlaku sebelum kahwin,
dah kena tinggal...
kalau dah kahwin,hidup susah?
tak dapat bayangkan betapa harunya hidup...
lagi haru kalau,
bila dah kahwin,kita baru dapat tau,
pasangan kita ade berdozen dozen juta kekasih lain selain kita...
waaaaaaaaa........maunye meraung kott...
waktu tu menangis muntah2,keluar bijik mata un tak guna lagi...
banyak da kes,
masa bercinta,semuanya indah belaka,
waktu rumah tangga,
'suami kaki pukul'
'suami kaki judi'
'isteri pisau cukur'
sebab itu dalam islam,
disuruh memilih AGAMAnya sebelum 3 perkara yg lain,
kecantikan,kekayaan dan keturuna yg baik,memang perlu,
tapi,tanpa agama...
masjid yang dibina tak mungkin akan dapat berdiri dengan kukuh...
cuba bayangkan,
masjid yg tiada imam,tiada makmum,
kosong...
macam takde 'function'
bercouple itu menjurus kepada zina,
dan zina itu perkara haram disisi islam,
petikan daripada ALQURAN,
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk.”
(Surah AL-ISRA':32)
Jadi,
bercinta selepas berkahwin adalah suatu kemanisan,
Izinkan saya berkongsi puisi tentang cinta dr filem KCB:
kata-kata puisi dr Ayyatul Husna dan Anna Althafunnisa,
cinta adalah kekuatan,
yang mampu mengubah duri jadi mawar,
mengubah cuka jadi anggur,
mengubah sedih jadi riang,
mengubah amarah jadi ramah,
mengubah musibah jadi muhibbah,
itulah cinta...
sekalipun cinta telah ku uraikan
dan ku jelaskan dengan panjang lebar,
namun jika cinta ku datangi,
aku jadi malu pada keteranganku sendiri...
No comments:
Post a Comment